Assalamualaikum warahmatullah hiwabarakatuh
I feel it's good to relay to everyone kisah benar yang saya lalui.
Baru-baru ni ketika saya nak ke surau berdekatan dgn rumah saya untuk
solat Isyak, seorang pakcik berjanggut putih dan berjubah putih dari
jauh melemparkan senyum kepada saya. Kerana masih ada banyak waktu,
saya tunggu pakcik berjanggut putih dan bertongkat yang tidak saya
kenali itu. Timbul di hati saya untuk jalan seiringan ke surau.
Bila beliau hampir pada saya, kami saling memberi salam. Orangnya
sudah berumur. Tiba-tiba, pakcik itu memulakan perbualan. Beliau
cakap dalam bahasa Melayu dan Inggeris (speaking London lagi) yang
agak baik.
Beliau cakap semua ayat Quran baik dan penting, tapi ada tiga surah
yang beliau 'pegang' betul-betul, dan beliau nasihatkan saya supaya
pegang betul-betul juga. Beliau juga nasihatkan saya supaya pesan
pada anak-anak supaya pegangnya betul-betul.
Pertama; kata beliau, Surah Al-Fatihah. Selain penting untuk sah
solat, ia juga ada doa minta bantuan Tuhan dan mintak tunjukkan jalan
yang betul. Mudah-mudahan dengan 'menjaga' bersungguh-sungguh Surah
Al-Fatihah, akan terbuka pintu bantuan dan jalan yang betul untuk
kita, kata pakcik.
Kedua, Surah Al-Ikhlas. Surah ini, katanya, surah tauhid. Kita mesti
ingat Tuhan itu Esa dan semua amalan mesti untuknya. Tak guna buat
baik tapi tak ikhlas.
Ketiga, Surah Al-Kafirun, kata pakcik. Bahagian ini, menarik sikit.
Pakcik tu cakap surah Al-Kafirun ada kena mengena dengan zaman
sekarang, zaman globalisasi. Dalam zaman globalisasi, katanya, anak-
anak saya mesti diajar supaya pegang betul-betul surah itu. Sebab,
dalam zaman globalisasi, anak saya mungkin kena kerja atau belajar
sampai ke Amerika atau ke mana-mana. Kalau dia pegang pada surah Al-
Kafirun, insya-Allah, dia akan selamat, kata pakcik. Dia akan bergaul
dengan orang beragama lain, tapi dia sedar 'untukmu agamamu, untukku
agamaku'. Betul juga, fikir saya.
Kemudian, pakcik cakap ada satu lagi perkara yang saya mesti pegang.
Orang Islam, katanya, mesti ada tiga kekuatan.
Pertama, kekuatan minda. Minda, kata pakcik, ialah ilmu. Orang Islam
mesti ada ilmu, termasuk ilmu moden, ilmu teknologi, ilmu teknologi
maklumat (IT) dan sebagainya kerana ilmu-ilmu itu perlu untuk hidup.
Kedua, kekuatan hati. Hati ialah iman, kata pakcik. Hati orang Islam
mesti kuat supaya betapa banyak sekalipun ilmunya, dia sedar siapa
yang lebih berkuasa. Bila ilmu ada iman, barulah ilmu dan hidup jadi
betul. Kalau minda kuat tapi hati tak kuat, maknanya kekuatan tak
seimbang dan ilmu boleh rosakkan iman, kata pakcik.
Ketiga, kekuatan fizikal. Pertama-tama, kalau tubuh badan lemah,
susah ilmu nak masuk dalam minda, kata pakcik. Kalau pun ada ilmu dan
ada iman, jika tubuh badan tak kuat, susah nak beramal. Maknanya,
kekuatan masih tak seimbang, katanya.
Habis saja pakcik cakap pasal tiga surah dan tiga kekuatan, beliau
minta diri dan hilang dari pandangan saya setibanya di surau
tersebut.
Terima kasih kepada pakcik berjanggut tu. Sebelum itu beliau berpesan
agar saya sebarkan kepada yang lain. Pesanannya memang baik untuk
saya sampaikan. Terpulang kepada anda untuk menerimanya atau tidak.
Wallahualam.

No comments:
Post a Comment